Senaraisemak, Pos Dicadang dan Banyak Lagi Opsyen Penjanaan Wang untuk Saluran

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Senaraisemak, Pos Dicadang dan Banyak Lagi Opsyen Penjanaan Wang untuk Saluran

Kemaskini hari ini memperkenalkan senaraisemak untuk membantu pasukan dan individu menjejak tugasan tanpa meninggalkan Telegram. Kami juga telah menambah cadangan pos — cara yang selamat dan mudah untuk mengatur kerjasama dan promosi dengan saluran, membuka peluang baru kepada pencipta untuk mendapat**sumber ramai** dan menjana pendapatan daripada konten.

Senaraisemak

Pengguna Premium kini boleh membuat senaraisemak kolaboratif dalam mana-mana bual untuk menjejak tugasan dan menyelaraskan pasukan — atau mengurus senarai beli-belah dan senarai tugasan.

Senaraisemak mempunyai permisi terperinci yang membolehkan anda mengawal sama ada orang lain boleh tanda tugasan sebagai selesai atau menambah item baru ke dalam senarai.

Untuk membuat senaraisemak, buka menu lampiran dan tekan'Senaraisemak'. Anda boleh menghantar senaraisemak ke grup, bual 1-dengan-1 dan Mesej Disimpan anda.

Cadang Pos di Saluran

Pelanggan kini boleh menghantar konten ke saluran kegemaran mereka sebagai pos dicadang melalui interfes yang telus dan automatik.

Cadangan pos dihantar ke saluran melalui mesej langsung — dan apa sahaja dari peminat seni hingga ke promosi video, ulasan produk dan banyak lagi.

Anda boleh set tarikh dan masa tertentu untuk pos — atau pilih 'Bila-bila masa' untuk membenarkan pemilik saluran memilih.

Untuk mencadangkan satu pos, tekan ikon yang muncul di bar mesej semasa mengirim mesej langsung ke saluran.

Pembiayaan Pos yang Dicadangkan

Apabila mencadangkan sesuatu pos, anda boleh menawarkan Telegram Star atau Tonkoin kepada pemilik sebagai pertukaran untuk menyiarkan mesej tersebut.

Tonkoin boleh ditambah dengan cepat ke akaun Telegram anda melalui Fragment — yang membolehkan pembelian dalam jumlah besar.

Star juga boleh dibeli secara pukal melalui Fragment dan @PremiumBot — untuk pengguna desktop atau yang tidak mempunyai akses kepada Apple atau Google Pay.

Pemilik saluran akan menerima ganjaran mereka 24 jam selepas pos disiarkan— jika pos dipadamkan lebih awal, Telegram akan memulangkan semula jumlah penuh kepada anda secara automatik.

Menjana Wang melalui Pos Dicadang

Pos dicadang membolehkan saluran dari sebarang saiz cara untuk mengumpul kandungan orang-ramai dan menyertai afiliasi pemasaran — semuanya dari dalam aplikasi Telegram, melindungi pencipta daripada penipuan dan menjaga privasi mereka.

Perlu diingat bahawa Star dibeli melalui penyedia pihak ketiga seperti Apple, yang mungkin mengeluarkan bayaran balik kepada pembeli dalam tempoh 21 hari — berpotensi menyebabkan Star ditolak daripada baki anda. Menerima pembayaran untuk siaran yang dicadangkan dalam Tonkoin adalah lebih selamat, kerana pembayaran Tonkoin tidak boleh dipulangkan semula oleh pembeli.

Apabila anda menerima tawaran untuk satu pos, anda boleh cadang suntingan pada pos tersebut sebelum menerima — untuk mengubah teks dan media atau menukar harga. Setelah kedua-dua pihak meluluskan pos, ia boleh terus diposkan atau dijadualkan secara automatik pada masa tertentu.

Approve Suggested Post

Itu sahaja untuk hari ini — kami akan kembali selepas kami menyemak set ciri baru yang seterusnya dari senarai semak kami.



1 Julai 2025
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026