Hadiah Terkumpul, Penapis Carian Mesej dan Banyak Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Hadiah terkumpul, Penapis Carian Mesej dan Lagi

Hari ini kami melancarkan kemaskini pertama untuk tahun 2025, yang merangkumi hadiah terkumpul yang boleh dipindahkan atau dihantar semula kepada pengguna lain, keupayaan untuk menghantar reaksi kepada acara dalam bual, penapis untuk carian mesej, pengimbas kod QR dalam aplikasi dan banyak lagi.

Hadiah Terkumpul

Hadiah yang anda terima di Telegram kini boleh dinaik taraf kepada koleksi. Hadiah koleksi mempunyai sifat khas dan boleh dipindahkan kepada pengguna lain atau dilelong di pasaran NFT.

Apabila anda menaik taraf hadiah, ia membuka penampilan baru dari puluhan variasi khusus yang dibuat oleh artis Telegram. Koleksi juga menerima set rawak ciri sekunder, termasuk warna latar belakang, ikon dan nombor. Ini bermakna setiap hadiah koleksi adalah karya seni yang unik — dan ada yang akan lebih jarang daripada yang lain.

Lebih daripada 20 hadiah sedia ada seperti Kek Buatan Sendiri, Jelly Bunny, Cuka Berempah dan Topi Santa sudah boleh dinaik taraf kepada terkumpul, berjumlah lebih 1400 penampilan unik — dengan lebih banyak lagi akan tersedia pada masa akan datang.

Apabila membeli hadiah untuk pengguna lain, anda boleh menghantarnya sebagai sudah dinaik taraf — dan melihat ketika mereka membuka karya seni terkumpul mereka terus dalam bual. Menaik taraf hadiah akan dikenakan bayaran kecil dalam bentuk Telegram Star, untuk menampung yuran blokchain.

Hadiah Terkumpul

Jika anda ingin mendapatkan penampilan tertentu atau dengan cepat membina koleksi anda, hadiah terkumpul boleh ditukar serta-merta dengan pengguna lain.

Reaksi untuk Mesej Servis

Apabila seseorang menghantar hadiah kepada anda, menyertai grup atau memulakan bual video, mesej servis khas akan muncul dalam perbualan. Mesej-mesej ini kini menyokong reaksi — jadi anda boleh mengucapkan terima kasih atau mengalu-alukan ahli baru hanya dengan dua tekanan.

Mesej servis juga muncul apabila seseorang memanggil anda, menukar foto profil bual, menggunakan latar belakang bual baru, memulakan pemberian hadiah dan banyak lagi.

Penapis Carian Mesej

Bar carian dalam senarai bual anda membolehkan anda mencari mesej dengan cepat dari mana-mana bual anda. Keputusan dalam tab 'Bual' kini mempunyai penapis tambahan yang membolehkan anda memperhalusi senarai untuk menunjukkan keputusan hanya dari bual privat, bual grup atau saluran.

Tekan tab lain dalam interfes Carian untuk melihat melalui muatturun terkini dan media yang dikongsi — atau untuk menemui saluran popular dan aplikasi mini.

Pengesahan daripada Pihak Ketiga

Telegram membenarkan tokoh awam dan organisasi untuk disahkan, supaya pengguna dapat dengan cepat mengenal pasti sumber rasmi maklumat. Untuk meningkatkan ketelusan di Telegram, perkhidmatan pihak ketiga rasmi kini boleh memberikan ikon pengesahan tambahan kepada akaun pengguna dan bual.

Platform tak berpusat untuk pengesahan tambahan ini akan membantu mencegah penipuan dan mengurangkan maklumat palsu — dengan penyelesaian proaktif unik yang menetapkan standard keselamatan baru untuk platform sosial.

Apabila bual atau akaun menerima pengesahan pihak ketiga, logo kecil akan muncul sebelum nama mereka. Jika anda membuka profil mereka, anda akan melihat penjelasan terperinci tentang status mereka dan apa maksudnya.

Verification Explanation

Pengesahan pihak ketiga adalah berasingan daripada tanda tik yang disahkan yang disediakan oleh Telegram untuk tokoh awam dan organisasi. Untuk menyediakan pengesahan pihak ketiga kepada orang lain, perkhidmatan mesti terlebih dahulu disahkan oleh Telegram dan melengkapkan permohonan.

Maklumat lanjut mengenai pengesahan pihak ketiga boleh didapati dalam panduan ini.

Emoji Tersuai untuk Nama Folder

Sesiapa sahaja boleh mencipta folder bual yang boleh disesuaikan untuk membantu mengatur perbualan mereka. Nama folder kini menyokong emoji tersuai, yang membolehkan pengguna Premium menjadikan folder mereka lebih ekspresif — atau lebih minimalis dengan menggantikan teks dengan ikon tertentu.

Lebih 12 juta pengguna Telegram melanggan Telegram Premium, yang menawarkan 30 ciri eksklusif — seperti kelajuan muat turun lebih pantas, terjemahan bual segera, emoji tersuai tanpa had dan banyak lagi.

Pengimbas Kod QR

Kamera dalam aplikasi pada Android dan iOS kini mengenali kod QR secara paras asal, membuka link dalam browser pilihan anda tanpa menukar aplikasi.

Untuk membuka kamera dalam aplikasi dengan cepat, leret ke kanan pada skrin utama (pada Android, tekan pada ikon kamera di sudut kanan bawah).

Telegram Mencapai Keuntungan

Pada tahun 2021, Telegram mula melaksanakan ciri kewangan mampan untuk kekal bebas dan menyokong pertumbuhannya yang berterusan untuk tahun-tahun mendatang.

Pada tahun 2024, terima kasih kepada langganan Premium, iklan yang mementingkan privasi, Telegram Star dan banyak lagi, Telegram mencapai keuntungan. Terima kasih kepada anda, pengguna kami, kami dapat mencapai matlamat ini — yang akan membolehkan kami terus mengutamakan pengguna dan melindungi privasi.

Itu sahaja untuk kemas kinihari ini — yang sepatutunya merupakan kemaskini utama ke-17 bagi tahun 2024, tetapi sayangnya ditangguhkan kerana kekurangan perhatian daripada pasukan penyemak Apple. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda, dan kami akan kembali tidak lama lagi untuk menjadikan tahun 2025 lebih diingati.


1 Januari 2025
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026