Reaksi Tanpa Batasan, Status Emoji dan Banyak Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Reaksi Tanpa Batas, Status Emoji dan Banyak Lagi

Di kemaskini yang lalu Telegram merevolusikan emoji, menambah platform terbuka untuk mencipta emoji beranimasi tersuai. Kemaskini ini memberi anda lebih banyak cara untuk menggunakan emoji baru untuk menyatakan perasaan anda – dengan reaksi tanpa batasan dan status emoji.

Reaksi Tanpa Batas

Semua pengguna kini mempunyai akses kepada berpuluh reaksi – termasuk yang sebelum ini hanya tersedia untuk Telegram Premium, seperti 🤣 😐 🐳. Untuk menampung semua emoji baru, kami telah reka semula panel reaksi, menjadikannya boleh dikembang. Reaksi yang anda kerap gunakan akan muncul di bahagian atas.

Pengguna Premium Telegram Premium boleh memilih reaksi daripada pilihan tanpa batas emoji tersuai. Untuk memudahkan pemilihan dari ribuan emoji, mereka kini boleh melampirkan sehingga 3 reaksi pada setiap mesej.

Perubahan pada reaksi ini kini tersedia dalam grup dan bual 1-dengan-1.

Pentadbir grup boleh kawal samada reaksi tersuai dibenarkan di grup mereka.

Status Emoji Premium

Mulai hari ini, pengguna Premium boleh tambah status emoji beranimasi yang dipaparkan di sebelah nama mereka – untuk memberitahu semua orang dengan pantas perasaan mereka atau perkara yang mereka lakukan. Status tersuai ini menggantikan Premium Lencana Premium anda di senarai bual, di grup dan di profil anda.

Anda boleh setkan satu daripada 7 status biasa yang menukar warnanya untuk dipadankan dengan tema Telegram yang berbeza – atau pilih daripada nombor tanpa batas emoji tersuai. Cadangan popular untuk bekerja, tidur, melancung dan banyak lagi akan ditunjukkan di bahagian atas.

Tekan lencana Premium di bahagian atas bual anda atau pergi ke Aturan untuk tukar status anda. Tekan lama pada emoji untuk set status bagi tempoh tertentu.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan platform terbuka emoji Telegram untuk memuat naik pek tersuai dengan gaya seni dan watak unik untuk pengguna Telegram Premium.

Aliran Log Masuk Lebih Baik

Pengguna yang kerap log keluar dan log masuk semula kini boleh terima kod log masuk melalui alamat emel mereka atau guna Log masuk dengan Apple atau Log masuk dengan Google.

Mendaftar atau log masuk ke Telegram iOS kini lebih diperkemas, dengan interfes baru dan animasi menyeronokkan yang sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna Android kami.

Link Baru Nama Samaran

Semua @namasamaran di Telegram mempunyai link t.me/namasamaran tersendiri, membuatnya mudah untuk berkongsi profil awam , grup atau saluran anda dari mana-mana di internet.

Setiap nama samaran kini mempunyai format link unik – namasamaran.t.me – bagi mereka yang ingin mengutarakan nama mereka (atau mempunyai masalah mencari kunci /).

Link t.me baru

Utamakan Muat Turun pada Android

Media dan fail yang sedang dimuat turun secara aktif boleh diurus di tab Carian 'Muat Turun' atau dengan tekan lama ikon Downloads Android yang muncul dalam senarai bual anda. Anda kini boleh tekan lama sebarang item dalam senarai untuk menyusun semula dan menukar keutamaan mereka – memuat turun fail teratas dahulu.

Ciri ini sudah tersedia di iOS – tekan lama pada item dalam senarai Downloads iOS dan pilih 'Utamakan Muat Turun'.

Ciri Tambahan Android

Animasi lancar baru telah ditambah untuk membuka, menutup dan menukar media di Android.

Bagi mereka di Android 13 atau versi lebih baru boleh pilih ikon bertema Telegram yang akan secara automatik padankan mod gelap fon dan warna aksen anda.

Ikon Android

Dan itu sahaja untuk hari ini. Sementara setiap orang kembali ke tempat kerja dan pembelajaran mereka, kami pula kembali ke makmal rahsia kami di mana kemaskini seterusnya sudah pun kami mulakan.


16 September 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026