Panggilan Video dan Tujuh Tahun Bersama Telegram

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Panggilan Video dan Tujuh Tahun Bersama Telegram

Hari ini Telegram genap menandakan tujuh tahun. Pada tahun 2013, kami bermula sebagai aplikasi kerdil yang berfokus kepada pemesejan selamat dan sejak itu berkembang menjadi sebuah platform dengan melebihi 400 juta pengguna. Telegram kini merupakan salah satu daripada aplikasi 10 teratas yang paling banyak dimuat turun dan digunakan di seluruh dunia untuk terus berhubung dengan keluarga, berkolaborasi dengan rakan sekelas dan menyelaras rakan kerja.

Kami tidak mencapai kejayaan ini dengan sendiri – Telegram tidak pernah menggunakan iklan dan setiap pengguna tertarik kepada Telegram hasil cadangan dari pengguna yang lain. Prinsip teguh dan ciri berkualiti kami menghasilkan kesan, dan jutaan anda telah mendengari kami. Kami telah mendengar anda sebaik mungkin, dan akan terus mencipta ciri yang menjadikan Telegram lebih dari hanya aplikasi pemesejan. Hari ini kami memperkenalkan apa yang anda minta selama ini - panggilan video yang pantas dan selamat.

Panggilan Video

Tahun 2020 mengetengahkan perlunya komunikasi tatap muka, dan versi alfa panggilan video kami kini sedia digunakan untuk iOS dan Android. Anda boleh memulakan panggilan video dari muka profil kenalan anda, dan hidup atau matikan video pada bila-bila masa ketika membuat panggilan suara. Seperti kandungan video lain di Telegram, panggilan video menyokong mod gambar-dalam-gambar, membolehkan anda untuk skrol melalui chat dan melakukan pelbagai kerja sementara mengekalkan kontak mata.

Semua panggilan video adalah terlindung dengan penyulitan awal-ke-akhir. Untuk mengesahkan sambungan anda, bandingkan paparan empat emoji di skrin anda dan rakan chat anda – jika ianya sepadan, panggilan anda adalah 100% selamat oleh penyulitan teruji kami yang juga digunakan di Secret Chat Telegram dan Panggilan Suara. Sila lihat maklumat lanjut di sini.

Aplikasi Android dan iOS kami mempunyai ciptaan boleh dihasilkan, jadi sesiapa juga boleh mengesahkan penyulitan dan sahkan penggunaan aplikasi mereka menggunakan kod sumber terbuka yang sama kami terbitkan pada setiap pembaharuan aplikasi.

Panggilan video akan menerima banyak lagi ciri dan penambahbaikan di versi akan datang sementara kami berusaha ke arah pelancaran panggilan video group dalam masa beberapa bulan lagi. Namun untuk tonggak pertengahan tahun ini, anda kini boleh menikmati sedikit masa satu-dengan-satu orang yang paling dekat dengan anda, sama ada mereka di bilik sebelah ataupun di benua yang lain.

Lagi emoji beranimasi

Untuk membantu anda beraya, kami telah tambah satu kumpulan emoji beranimasi baru. Untuk dapatkan salah satu dari 👇 ini di chat, hanya kirimkan mesej dengan satu emoji.

Teruskan bersama kami untuk banyak lagi pembaharuan!


14 Ogos 2020,
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026