Tema Bual, Emoji Interaktif, Status Dibaca di Grup dan Rakaman Strim Langsung

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Tema Bual, Emoji Interaktif, Status Dibaca di Grup dan Rakaman Strim Langsung

Kemaskini hari ini membolehkan anda set tema berlainan untuk bual, kongsi perasaan anda dengan yang dicintai menggunakan emoji interaktif dengan kesan animasi skrin penuh, lihat status dibaca secara terperinci di grup dan rakam video dan audio dari siaran langsung.

Tema Bual

Telegram mempunyai berdozen ciri untuk mengurus bual anda dan sesuaikan penampilan mereka, dari Folder Bual ke Latar Belakang Beranimasi. Di kemaskini ini, koordinasi dan dekorasi berganding bahu dengan tema baru untuk bual peribadi.

Pereka kami telah mencipta 8 tema yang boleh digunakan pada bual peribadi tertentu. Setiap dari tema baru bercirikan belon mesej bergradien yang beranika warna, latar belakang beranimasi yang cantik dan corak latar belakang yang unik.

Kedua-dua anda dan teman bual anda boleh pilih tema untuk kedua belah pihak dan membolehkan sebarang perbualan mudah untuk dikenali, walaupun jika anda kehilangan cermin mata. Dengan cara ini anda boleh set tema berlainan untuk bual dengan rakan kerja dan ahli keluarga, agar anda tidak akan tersilap kirim video itu ke bos anda lagi.

Untuk set tema bagi bual anda di Android, tekan Kepala Bual > ⋮ > Tukar Warna. Di iOS, tekan Kepala Bual > ⋯ > Tukar Warna. Rakan bual anda akan nampak tema jika dia guna versi Telegram terkini.

Setiap tema datang dengan versi siang dan malam dan akan mengikuti aplikasi aturan mod malam anda – samada anda gunanya dalam mod gelap di waktu siang, atau biarkan bual anda mengekori matahari.

8 tema yang diwujudkan adalah hanya di peringkat permulaan – pereka kami sedang bekerja keras untuk menambah lebih banyak lagi.

Emoji Interaktif

Kami gemar menganimasikan emoji, namun ada masanya di mana jantung besar berwarna merah yang berdenyut – akan membuat fon anda bergetar dengan setiap denyutan! – adalah tidak mencukupi untuk meluahkan perasaan anda.

Dengan menulis sedikit kod, sedikit lukisan dan penggunaan ilmu anih, kami telah mencipta cara baru untuk berkongsi emosi secara langsung. Kirim satu 🎆 🎉 🎈 👍 💩 atau ❤️ ke bual peribadi, kemudian tekan pada emoji beranimasi untuk melancarkan kesan animasi skrin penuh.

Jika anda dan pasangan bual anda sedang membuka bual, animasi dan getaran akan dimainkan serentak di kedua peranti, seolah-olah anda berada begitu dekat walaupun berjauhan.

Rakan bual anda akan nampak kesan interaktif jika dia guna versi Telegram terkini.

Artis kami sudah pun turun ke gua bawah tanah, untuk melaksanakan kerja-kerja kesan animasi skrin penuh untuk banyak lagi emoji beranimasi baru.

Status Dibaca di Grup Kecil

Kedua-dua tema bual dan emoji interaktif kini hanya boleh diguna di bual peribadi. Namun kemaskini ini juga merangkumi pertukaran besar untuk grup.

Mesej anda di grup ditanda sebagai dibaca (✓✓) sebaik sahaja salah seorang dari ahli melihatnya. Di grup kecil, anda kini juga boleh pilih mesej anda untuk lihat ahli grup mana yang telah membacanya.

Untuk melindungi privasi pengguna, status dibuka di group akan hanya disimpan untuk 7 hari selepas mesej dikirim. Ianya bukan tanggungjawab Telegram untuk simpan rekod setiap benda yang anda pernah lihat.

Rakam Strim Langsung dan Bual Video

Telegram mendokong berjuta komuniti yang boleh menjayakan acara langsung untuk penonton tanpa had. Samada ianya merupakan pesta mega forum perdana, ulung kali diadakan, atau kelas algebra di sekolah, pentadbir kini boleh rakam Strim Langsung dan Bual Video untuk penerbitan bagi mereka yang tidak dapat mengikuti sesi langsung.

Pentadbir boleh mula rakaman terus dari menu Strim Langsung atau menu Bual Video – dengan pilihan untuk rakam Video dan Audio atau Hanya Audio. Untuk rakam video, pilih orientasi untuk fail video akhir, Potret atau Landskap. Selepas anda selesai merakam atau apabila siaran telah tamat, fail akan dimuat naik secara terus ke Mesej Disimpan.

Tekan ⋮ atau ⋯ untuk buka menu siaran dan mula merakam. Ketika merakam, titik merah akan terpapar di sebelah tajuk siaran.

Dan ini cukup untuk anda lakukan sehingga kami kembali nanti dengan kemaskini baru. Seperti kebiasaannya, ia tidak akan mengambil masa yang lama.


19 September 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026