Rekabentuk Baru, Pengkrafan dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Reka Bentuk Baru, Pengkrafan dan Lagi

Kemaskini ini menambah kemaskini interfes terbesar dalam sejarah Telegram untuk Android, sistem pengkrafan untuk menghasilkan hadiah eksklusif baru — dan banyak lagi.

Rekabentuk Semula Besar-besaran

Telegram untuk Android kini mempunyai interfes yang direka semula sepenuhnya menjadikan navigasi dan carian lebih pantas dan lebih intuitif. Bar bawah yang baru membolehkan anda melompat dengan mudah antara bual, tetapan, profil dan banyak lagi, hanya dengan satu tekan.

Bersama dengan perubahan reka bentuk, juruprogram Android kami telah bina semula sepenuhnya kod interfes — untuk memaksimumkan kecekapan dan menjadikannya lebih responsif berbanding sebelum ini.

Anda boleh mengawal kesan interfes untuk maksimumkan prestasi dan panjangkan hayat bateri di Tetapan > Mod Penjimatan Kuasa.

Juruprogram iOS kami telah menambah lebih banyak Gelas Cecair ke dalam aplikasi — seperti paparan media yang direka semula dan menu konteks yang dikemaskini apabila memilih mesej.

Pada iPad, terdapat tetapan papan kekunci baru untuk kirim mesej dengan jalan pendek ⌘+Enter.

Serah Grup kepada Pentadbir Baru

Jika pemilik grup tinggalkan bual, hak milik grup akan dipindahkan secara automatik kepada salah seorang pentadbir selepas satu minggu.

Untuk kawalan yang lebih, pemilik grup kini akan ditunjukkan tetingkap pengesahan apabila tinggalkan grup — di mana pemilik sedia ada boleh terus memilih pemilik baru.

Serah Grup kepada Pentadbir Baru

Pemilik grup dan saluran juga boleh pindah hak milik kepada ahli lain pada bila-bila masa — tanpa perlu meninggalkan bual.

Pengkrafan Hadiah

Sejak pelancaran hadiah koleksi, pengguna Telegram telah mencipta jutaan hadiah daripada lebih 100 koleksi.

Kemaskini ini perkenalkan sistem kraf di mana hadiah koleksi sedia ada boleh digabungkan untuk mencipta versi Tidak Biasa, Jarang, Epik atau Legenda — dengan seni yang menakjubkan dan kesan unik.

Interfes kraf membolehkan anda tambah sehingga 4 hadiah, dengan setiap hadiah tambahan meningkatkan peluang anda untuk berjaya. Menggunakan pelbagai hadiah dengan atribut yang sama juga menjadikan lebih berkemungkinan atribut tersebut akan muncul dalam item akhir.

Sesiapa sahaja boleh membeli dan menjual hadiah koleksi dengan selamat di Pasaran Hadiah dalam Telegram.

Butang Berwarna untuk Bot

Juruprogram bot kini boleh tetapkan warna dan emoji pada butang mereka — untuk menjadikan interfes lebih intuitif atau untuk menonjolkan tindakan tertentu.

Untuk maklumat penuh tentang kemaskini terkini untuk bot, sila lihat log penukaran khusus untuk Bot API.

Itu sahaja untuk kemaskini kali ini, kami akan kembali tidak lama lagi selepas kami selesai mencipta set ciri legenda yang seterusnya.


9 Februari 2026
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026