Pasaran Hadiah, Pos Beberapa Stori Serentak, Terjemahan Automatik Untuk Saluran

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Pasaran Hadiah, Pos Beberapa Stori Serentak, Terjemahan Automatik Untuk Saluran

Memperkenalkan kemaskini utama kedua Telegram dalam tempoh hanya 8 hari! Anda kini boleh membeli atau menjual hadiah terkumpul dengan selamat di pasaran baru. Penyunting stori membolehkan anda mengepos beberapa stori sekaligus atau membahagikan video panjang kepada beberapa stori. Saluran boleh mengaktifkan terjemahan automatik supaya semua orang melihat pos dalam bahasa mereka. Kami juga telah menjadikannya lebih mudah untuk saluran membuka ciri baru dengan tingkat.

Beli Hadiah Jarang Ditemui di Pasaran

Telegram telah memperkenalkan hadiah terkumpul pada bulan Januari, dan ia menjadi popular serta-merta — beberapa koleksi habis terjual dalam beberapa minit. Semenjak itu, pengguna telah meminta lebih banyak hadiah.

Bermula hari ini, anda boleh menggunakan Telegram Star untuk membeli ribuan hadiah jarang ditemui daripada pengguna lain di pasaran yang selamat dan mudah digunakan. Ia bukan sahaja memperluaskan pilihan tetapi juga membolehkan anda menjual hadiah anda sendiri untuk memperoleh Star bagi hadiah baru.

Penapis carian lebih canggih memudahkan anda mencari apa yang anda inginkan, seperti model, latar belakang atau simbol tertentu.

Untuk menghantar hadiah, buka profil mana-mana pengguna dan tekan butang 'Kirim Hadiah'. Gunakan penapis 'Jual Semula' jika anda ingin membeli koleksi dinaik taraf yang jarang ditemui.

Jual Hadiah Anda untuk Star

Untuk menjual hadiah terkumpul, buka hadiah tersebut di profil anda, tekan butang 'Jual' dan set harga anda dalam bentuk Star.

Setelah disenaraikan, hadiah tersebut akan muncul di pasaran dan mendapat label 'Jualan' di profil anda — supaya rakan dan pengikut tahu ianya tersedia.

Jika anda berubah fikiran, tekan butang 'Nyahsenarai' untuk membatalkan penyenaraian anda.

Pos Beberapa Stori Serentak

Penyunting stori kini membolehkan anda memilih dan mengepos beberapa foto atau video sekaligus — sesuai untuk sorotan perjalanan atau koleksi meme.

Potong Video Panjang kepada Beberapa Stori

Jika video anda melebihi 60 saat, editor akan secara automatik memotongnya kepada beberapa klip untuk diposkan sebagai siri stori.

Set Saluran Anda untuk Terjemahan Automatik

Semua pengguna Telegram boleh terjemah mesej — dan pengguna Premium boleh terjemah secara automatik seluruh perbualan.

Kini, pemilik saluran boleh mengaktifkan terjemahan automatik untuk semua pengguna. Apabila ia dihidupkan, pelawat akan melihat mesej dalam bahasa pilihan mereka, membantu pencipta menjangkau audiens global.

Tekan bar terjemahan di bahagian atas saluran pada bila-bila masa untuk kembali ke teks asal.

Naik Tahap Lebih Cepat dengan Tingkat

Saluran membuka ciri dengan menaikkan tahap menggunakan tingkat. Kemaskini ini mengurangkan keperluan tingkat — jadi kelebihan seperti terjemahan automatik lebih mudah dicapai.

Itu sahaja untuk hari ini — berseronoklah di pasaran sementara kami mengarah juruprogram kami beralih daripada memburu hadiah jarang dimiliki kepada membina ciri baru yang belum anda temui.


8 Mei 2025
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026