Bual Suara 2.0: Saluran, Jutaan Pendengar, Rakaman Bual, Alatan Pentadbir

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Bual Suara 2.0: Saluran, Jutaan Pendengar, Rakamam Bual, Alatan Pentadbir

Bual Suara mula diperkenalkan bulan Disember, menambah dimensi baru dalam perbualan langsung di grup Telegram. Mulai hari ini, bual suara juga boleh diguna di saluran - dan tiada had bagi nombor peserta.

Kemaskini ini juga memperkenalkan rakaman bual suara, senarai peserta, cara untuk angkat tangan, link jemputan untuk penceramah dan pendengar, tajuk bual suara, dan cara untuk orang kenamaan untuk sertai bual suara sebagai saluran mereka.

Bual Suara Tanpa Had

Pentadbir saluran dan grup awam kini boleh kendalikan bual suara untuk jutaan pendengar secara langsung. Tidak kira betapa popularnya syarahan anda, peserta baru akan sentiasa dapat menyertai. Ianya seperti radio awam, dicipta semula untuk abad ke 21.

Untuk mula Bual Suara, buka profil mana-mana grup atau saluran di mana anda adalah pentadbir, tekan (⋮) atau (⋯) dan pilih Mula Bual Suara.

Rakaman Bual

Di mana setengah perbualan adalah untuk sementara, yang lain adalah lebih baik kalau disimpan dan dikongsi. Pentadbir kini boleh rakam audio dan siarkan untuk peminat yang tidak sempat pada acara lansung.

Apabila sudah merakam, fail audio terus dapat diakses di Mesej Disimpan anda. Untuk tidak keliru, bual yang sedang dirakam ditanda dengan tanda merah berhampiran dengan tajuk.

Angkat Tangan

Dalam bual di mana peserta disenyapkan, pendengar boleh tekan untuk angkat tangan mereka dan memaklumkan kepada pentadbir yang mereka ingin bercakap. Seperti memanggil masuk ke rancangan bual bicara - tetapi dengan ketagihan animasi.

Teks bio anda kini kelihatan dalam senarai peserta, di mana anda boleh memperinci kemahiran anda, kegemaran, atau sedikit sebanyak tentang diri anda. Info ini akan membantu pentadbir mencari ruang baik untuk soalan atau komen anda.

Link Penceramah dan Pendengar

Pentadbir kini boleh cipta link jemputan yang akan terus membuka bual suara. Link berlainan dicipta untuk penceramah dan pendengar. Dengan cara ini anda tak perlu bunyikan pembesar suara bila mereka sertai - dan mereka boleh guna link berasingan untuk mempromosikan bual akan datang ke komuniti mereka.

Bual suara juga mempunyai pilihan tajuk yang akan membantu pengguna melihat topik perbualan sebelum mereka sertai.

Sertai Sebagai…

Bila memasuki bual suara di saluran, pengguna mempunyai pilihan untuk sertai dengan akaun peribadi mereka atau tampil sebagai salah satu dari saluran. Selebriti dan orang kenamaan boleh mengguna cara ini untuk mengelakkan dari terlalu menarik perhatian terhadap akaun peribadi mereka.

Sertai bual suara sebagai saluran

Sebagai contoh, Perdana Menteri Singapura dan Presiden Turki boleh bertemu untuk berbincang di Saluran Pavel Durov dan menjawab soalan dari pengguna tanpa berdepan dengan senarai bual dibanjiri mesej peminat.

Dan Lagi

Jika anda pilih bual yang salah bila memajukan mesej, tekan butang X sebelum mengirim mereka - samada batal dimajukan atau pilih bual lain.

Pilih bual lain atau batal dimajukanC

Anda juga boleh sambung main balik dari mana anda berhenti bila mendengar mesej suara yang panjang. Ini dapat diperolehi untuk video panjang dan dalam trek audio panjang, dan kami menjangka lebih baik dirangkumi sekali - namun nenek kami baru mendaftar dengan Telegram.

Akhirnya, tetapi penting, pengguna Android kami boleh memilih aksi mana yang ditetapakn ke leret ke kiri di senarai bual: mengarkib bual, menyemat, menyenyapkan, menghapus atau menanda sebagai telah dibaca. (Di iOS, semua aksi leret sentiasa ada di sana, terpulang kepada bagaimana anda meleret.)

Dan itu sahaja untuk hari ini, jangan kemana-mana untuk kemaskini akan datang!


19 Mac 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026