Pakai Hadiah Terkumpul, Pindah Hadiah ke Blokchain, Hantar Hadiah ke Saluran, dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Pakai Hadiah Terkumpul, Pindah Hadiah ke Blockchain, Kirim Hadiah ke Saluran dan Lagi

Kemaskini hari ini menambah 6 ciri baru untuk Telegram, termasuk keupayaan untuk memakai hadiah terkumpul sebagai status emoji, memindahkan hadiah ke blokchain, menghantar hadiah ke saluran — dan lagi.

Pakai Hadiah Unik Anda

Hadiah yang anda naik taraf kepada terkumpul kini boleh digunakan sebagai status emoji unik.

Menggunakan hadiah sebagai status anda memberikan kesan bintang berkilauan dan mengubah penampilan profil anda untuk menyesuaikan dengan latar belakang dan simbol dari terkumpul anda.

Untuk memakai salah satu hadiah anda, pergi ke Profil Saya > Hadiah, tekan hadiah dan pilih 'Pakai'. Jika anda menanggalkan hadiah tersebut kemudian, profil anda akan kembali ke penampilan asalnya.

Pindah Hadiah ke Blokchain

Seperti nama pengguna terkumpul dan nombor, hadiah kini boleh dipindahkan atau dilelong melalui blokchain TON. Ini memberikan pemilik kawalan kekal — walaupun mereka kehilangan akses atau akaun Telegram mereka dihapus.

Memindahkan hadiah ke dompet TON juga membolehkan anda berhubung dengan perkhidmatan luar, seperti laman lelong atau platform yang menawarkan kelebihan tambahan untuk koleksi.

Untuk memindahkan hadiah ke blokchain, pergi ke Profil Saya > Hadiah Saya dan tekan salah satu hadiah anda, kemudian pilih Pindahkan > Hantar melalui Blokchain.

Beri Hadiah untuk Saluran

Untuk meraikan perayaan dan pencapaian, pengguna Telegram kini boleh mengucapkan tahniah kepada saluran dengan menghantar hadiah yang dipaparkan di profil saluran.

Sama seperti ketika menghantar hadiah kepada rakan, pelanggan boleh menggunakan Star untuk menaik taraf hadiah sebelum menghantar — membolehkan penerima menukarkannya menjadi terkumpul unik secara percuma.

Untuk menghantar hadiah ke saluran, tekan ikon hadiah 🎁 di sudut bawah saluran.

Pemilik saluran boleh memindahkan hadiah mereka kepada pengguna dan saluran lain atau melelongnya di blokchain. Pencipta kandungan dan badan amal boleh menggunakan fungsi ini untuk mengumpul dana bagi projek khas dan tujuan penting.

Nota: Hadiah ke saluran akan dilancarkan secara beransur-ansur dan mungkin tidak tersedia di mana-mana serta-merta. Tetapi semua orang sudah boleh menyemak cara ciri ini berfungsi di saluran ini 😉

Kongsi Hadiah

Hadiah terkumpul di profil anda boleh diposkan ke stori anda — menghasilkan pratonton animasi yang elegan untuk mempamirkan karya seni jarang kelihatan dan nombor bertuah anda.

Untuk memuat naik hadiah ke stori anda, pergi ke Profil Saya > Hadiah Saya, tekan salah satu hadiah anda dan pilih Kongsi > Muat Naik ke Stori.

Setiap hadiah koleksi mempunyai link unik dalam format t.me/nft yang boleh anda kongsi dengan rakan atau muatnaik ke saluran.

Tapis Hadiah pada Profil Saluran

Tab 'Hadiah' pada profil pengguna dan saluran termasuk penapis untuk menyusun hadiah mengikut nilai dan status terkumpul, tarikh mereka diterima, dan sama ada mereka dari koleksi terhad atau tidak terhad.

Tapis Hadiah

Pentadbir boleh mendayakan notifikasi dari tab Hadiah di saluran untuk menjejaki hadiah yang dihantar ke saluran.

Itu sahaja untuk kemaskini kedua Telegram untuk bulan Januari. Kami akan kembali tidak lama lagi — selepas mencuba semua hadiah terbaik kami.


24 Januari, 2025
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026