Browser Telegram, Stor Apl Mini, Menghadiahkan Star dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Browser Telegram, Stor Apl Mini, Menghadiahkan Star dan Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan browser dalam aplikasi baru yang menyokong berbilang tab dan menjadikan Web3 tersedia kepada hampir sebilion pengguna, Stor Aplikasi Mini, jenis baru apl mini, keupayaan untuk memberi Star kepada rakan — dan banyak lagi.

Browser Telegram

Halaman yang anda buka dengan browser dalam aplikasi kini boleh dikecilkan dan dibuka semula dari bar di bawah, membolehkan anda bergerak bebas antara mesej anda dan laman web, paparan segera artikel, dan aplikasi mini.

Browser Telegram menyokong laman web tidak disentralisasi dihoskan di TON — dalam semua aplikasi mudah alih dan desktop asli. Ini menjadikan Web3 segera tersedia kepada hampir satu bilion pengguna bulanan kami.

Sekiranya anda ingin memperkenalkan kripto kepada dunia. 😌

Kini, apabila anda menerima notifikasi semasa membaca artikel, melihat halaman web, atau bermain permainan, anda boleh menyemak mesej anda — dan kembali tanpa kehilangan progres anda. Anda juga boleh menambah penanda buku untuk kembali ke halaman kemudian.

Juruprogram boleh belajar lebih lanjut tentang Laman TON tak disentralisasi dengan melawat ton.org — atau membuka getting-started.ton dalam versi terkini Telegram.

Stor Aplikasi Mini

Lebih daripada 500 juta dari kalangan 950 juta pengguna Telegram berinteraksi dengan aplikasi mini setiap bulan.

Kami telah menambah tab 'Apl' baru dalam Carian yang menunjukkan senarai aplikasi yang anda gunakan dan senarai aplikasi mini popular. Kini anda boleh mengakses semua permainan dan perkhidmatan anda dengan cepat — atau mencari sesuatu yang baru.

Sekiranya dunia anda lebih besar daripada kucing dan hamster. 😌

Juruprogram kini boleh memuat naik video demo dan tangkapan skrin untuk pratonton aplikasi mini mereka bagi membolehkan pengguna mengetahui apa yang diharapkan.

Sekiranya anda ingin melepaskan kucing dari begnya. 😌

Aplikasi mini yang menggunakan Telegram Star kini berpeluang untuk dipaparkan di bahagian 'Aplikasi Popular'. Juruprogram boleh mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi mini di halaman ini.

Berkongsi dari Aplikasi Mini ke Stori

Aplikasi mini kini boleh menjana konten cerita tersuai — seperti video yang dijana AI, pencapaian, atau tangkapan skrin papan liga — untuk pengguna berkongsi sebagai Stori Telegram terus dari aplikasi mini. Ini membolehkan aplikasi baru diperkenalkan — dan membantu aplikasi sedia ada tersebar di kalangan kenalan pengguna mereka.

Sekiranya kucing anda ada stori untuk dikongsi. 😌

Juruprogram boleh ke sini untuk maklumat lanjut tentang menambah ciri ini ke dalam apl mini mereka.

Memberi Star kepada Rakan

Telegram Star membolehkan anda membeli barangan digital dalam apl mini atau mengakses konten berbayar dalam saluran. Dengan kemaskini ini, anda boleh membeli star sebagai hadiah untuk kenalan anda.

Sekiranya rakan anda sudah mempunyai Premium. 😌

Untuk menghadiahkan star, pergi ke Tetapan > Star Saya (pada iOS, anda hanya akan dapat melihat menu ini jika anda telah membeli star untuk diri sendiri sebelum ini).

Pengguna yang menyambut hari lahir mereka akan muncul di bahagian atas senarai dalam bahagian khas. Star yang dihadiahkan akan terpapar di bual sebagai kotak hadiah beranimasi.

Flasy ketika Merakam Mesej Video

Mesej video kini membolehkan anda menggunakan flasy depan untuk mencerahkan skrin anda dengan cahaya tambahan ketika merakam dalam gelap.

Tekan ikon mikrofon di bar mesej untuk beralih ke rakaman video. Kemudian tekan lama ikon kamera untuk merakam mesej video anda. Leret ke atas untuk terus merakam dan tekan ikon flasy di sudut kiri bawah.

Wijet Cuaca dalam Stori

Pengguna kini boleh berkongsi cuaca dalam stori mereka dengan menambah wijet beranimasi kepada apa jua, dari swafoto cerah hingga ke cerun salji.

Sekiranya anda perlu menjatuhkannya seperti ianya terlalu panas. 😌

Wiget secara automatik menukar di antara Celsius atau Fahrenheit terpulang pada tetapan dan peranti yang memampar, jadi anda tidak akan diganggu dengan memilih di antara C dan F. Pada waktu malam tanpa awan, wiget akan menunjukkan fasa bulan.

Anda juga boleh menambah muzik, link atau lokasi kepada stori anda dari bahagian 'Stiker'.

Sampul Stori

Apabila menyiarkan stori video ke profil anda, anda boleh memilih bingkai mana yang akan digunakan sebagai sampul foto.

Sekiranya anda menilai stori berdasarkan sampulnya. 😌

Tab Browser dan Aplikasi Mini di MacOS

Sebelum anda pergi, lihat betapa cantiknya browser baru di Telegram untuk macOS. Tab barunya menyokong segalanya: mainan, aplikasi mini, halaman paparan segera dan juga laman Web3 ton.

Sekiranya anda gemar mengemas meja anda. 😌

Itu sahaja untuk bulan Julai. Kami akan mencari kemaskini untuk Ogos di kalangan tab terbuka kami.


31 Julai 2024,
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026