Hadiah, Platform Verifikasi dan Banyak Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Hadiah, Platform Verifikasi dan Banyak Lagi

Pengguna kini boleh menghantar Hadiah kepada rakan mereka. Penerima hadiah boleh memaparkannya di halaman profil mereka atau menukarkannya menjadi Star. Telegram Star boleh digunakan untuk banyak perkara, termasuk menyokong pencipta dan membeli perkhidmatan dalam aplikasi mini.

Selain itu, Telegram melancarkan platform untuk bisnes mengesahkan nombor telefon: platform verifikasi baru ini membolehkan pengguna dengan mudah mengesahkan mombor fon mereka dengan menerima kod melalui Telegram dan akan dibiayai oleh bisnes dengan kadar USD0.01 untuk setiap pengguna. Kami juga telah memperbaiki panggilan video, menambah cara baru untuk melapurkan kandungan di Telegram — dan banyak lagi.

Hadiah

Pengguna Telegram kini boleh menghantar hadiah antara satu sama lain dengan Telegram Star – meraikan cuti dan mengucapkan tahniah kepada kenalan dengan karya seni animasi dan mesej tersuai.

Apabila anda menerima hadiah, anda boleh memaparkannya pada tab 'Hadiah' yang baru di profil mereka — atau mengabaikan hadiah itu dan mendapatkan sebahagian daripada Star untuk dibelanjakan di tempat lain — termasuk untuk hadiah tambahan.

Untuk menghantar hadiah, buka profil pengguna dan tekan ⋮ / ⋯ > Hantar Hadiah. Anda boleh menambah sebarang mesej atau emoji.

Menghantar hadiah

Apabila menghantar hadiah, anda boleh memilih untuk menyembunyikan nama anda. Penerima masih akan tahu siapa yang menghantarnya, tetapi tiada orang lain akan melihat nama anda jika hadiah itu dipaparkan pada profil mereka.

Platform Verifikasi

Kami tahu dari pengalaman kami sendiri betapa mahalnya untuk bisnes mengesahkan nombor telefon pelanggan mereka. Mulai hari ini, mana-mana bisnes, aplikasi atau laman web boleh menghantar kod verifikasi melalui Telegram dan membayarnya di Fragment. Kod Telegram adalah lebih pantas, lebih murah, lebih selamat dan lebih mudah daripada SMS atau alternatif lain.

Pengguna akan menerima mesej dengan kod dalam bual khas dalam Telegram.

API Gateway Telegram adalah percuma untuk diuji. Juruprogram yang berminat boleh mengetahui lebih lanjut di panduan terperinci kami.

Pelapuran Interfes yang Ditambahbaik

Setiap hari, moderator Telegram mengeluarkan berjuta-juta kandungan yang melanggar Terma Servis kami. Semenjak 2015, semua aplikasi Telegram membenarkan pengguna untuk lapur mesej kepada moderator.

Untuk meningkatkan keupayaan moderator memproses lapuran secara besar-besaran dan seterusnya memperbaiki keupayaan AI kami, menu pelapuran telah diperluaskan dengan lebih lagi pilihan terperinci untuk setiap kategori. Senarai mengapa dilapurkan kini dikemaskini secara dinamik dari server, membolehkan kami memberi cadangan sebab melapur yang paling televan dalam masa sebenar, bersesuaian dengan peristiwa dan trend yang sedang berlaku.

Untuk melapurkan mesej, tekan pada Android, tekan lama pada iOS atau klik kanan pada Desktop atau Web dan pilih 'Lapur'.

Bual Video yang Direka Semula pada iOS

Bual video pada iOS telah dibina semula dari awal untuk meningkatkan prestasi dan menambah baik hayat bateri.

Ini juga bermakna bahawa peranti kini kekal jauh lebih sejuk semasa panggilan panjang – walaupun dengan pelbagai suapan video daripada berdozen peserta.

Bual Video

Bual video di Telegram membolehkan anda menunjukkan kamera anda dan berkongsi skrin andapada masa yang sama.

Strim RTMP pada Android

Telegram untuk Android kini menyokong penstriman langsung dengan RTMP – membolehkan anda menjana kunci strim dan menyambungkan suapan video anda ke aplikasi popular seperti OBS Studio dan XSplit Broadcaster.

Strim RTMP tersedia pada semua aplikasi Telegram – ia pertama kali diperkenalkan pada iOS dan Desktop pada tahun 2022.

Itu sahaja untuk hari ini, kami akan terus mencipta ciri-ciri baru sementara anda sibuk membuka pemberian.


5 Oktober 2024
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026